Mar 16, 2015

untuk kamu yang bekerja di hospital

assalamualaikum.

okay. rasanya dah lama tak update blog. buka bahagian draft...ada 3 post yang masih belum diproses, dikongsi bersama. eceh. gaya macam ramai je yang baca , kan? bila nak dikongsikan? kalau panjang umur....adalah dikongsikan bersama. ^_*

tengok tajuk, macam serius, kan? nak kata serius...... rasanya tak. tapi, okaylah.muahaha. okay. kena behave. berbalik pada tajuk, sebenarnya...bukan nak menegur, cuma nak berkongsi cerita. supaya kita, manusia sedar yang bila berdepan dengan nyawa insan lain, kena tahu. WAJIB tahu bahawasanya setiap insan itu unik dan asli. tak semua benda sama seperti dalam buku, seperti yang diuar-uarkan. manusia itu dijadikan Allah sebaik-baik makhluk. sebaik-baik ciptaan. setiap orang ada kelebihan dan kelemahannya.

kenapa ?
sebenarnya, ma lately selalu keluar masuk hospital. sebab...biarlah yang tahu sahaja yang tahu. faham tak bahasa kita? rasa nak sepak tak? okay. sebenarnya...nak kata...kata je. doktor pakar suruh ma jangan buka bandage sampai tarikh temujanji. tapi, kalau dah sampai 20 hari tak buka bandage tu, tak ke gatal? bila dikatakan gatal...senang saja doktor kata: "makcik janganlah fikir pasal gatal tu. cuba fikir pasal benda lain." kita yang mendengar pula rasa macam nak cili mulut doktors tu. umpamanya...doktor tu jangan pergi hospital walaupun badan dah melecur, betul tak? ke perumpamaan yang aku guna ni hiper the bola sangat?

itu satu hal. lagi satu, luka ma tu....ada ke mereka [doktor, jururawat] kata jangan berjalan. okay. ini memang buat aku terus leter ma aku. 

"ma...adik rasa depa tu dah tak betul lah. teori mana depa tuntut ni? belajar kat mana kalau lepas operate, tak payah berjalan ni? dah lepas 48 jam. kenalah berjalan. nanti lain jadinya kalau baring atas katil je." 
"adik....apa bahasa" 
"idaklah. adik cuma tertanya. adik yang belajar farmasi ni...yang diploma je pun. degree ni ambil course environment....takda pernah dengar teori macam tu. adik tanya kawan-kawan adik, depa semua kata : "zana, make sure your mom exercise. bukan yang berat. pastikan berjalan. takut nanti darah beku pula kalau tak berjalan. make sure pantang makan. tekanan darah sentiasa dalam keadaan tak membimbangkan. nak sembuh cepat, buatlah fisio sikit sikit. lain orang lain caranya. anak ma ni ada dip farmasi, anak saudara ma tu kerja kat prince court hospital sana tu, lagi seorang tu ha doktor." 
*pa dan my siblings dah tahan senyum dengar aku bebel* 
"adik, pa rasa adik kena leter kat depa. bukan kat si pesakit ni." 
"ma setuju cakap pa" 
"maaaa...paaaaa. adik cakap je. jangan dengar sangat. ini bukan kali pertama ma warded. orang gila mana nak masuk hospital balik. kita pun tahulah tang mana kena berhenti kalau exercise tu."
"okok. dah. jangan berleter. adik ni lawaklah."

serius. aku panas okay. nasib baik aku dengar ma cerita je. kalau dengar sendiri, mahunya aku berbalas cakap. tak kira kau doktor pakar ke, doktor pelatih, jururawat ka. aku ambil farmasi bukan tidur dalam kelas je. ada je ilmu yang ditimba. 

sebenarnya banyak lagi nak dikongsikan. tapi, bila difikir-fikir... tak perlu lah kot. walaupun sebenarnya wajib dikongsikan. kamu, yang kerja kat general hospital...kena tahu, keluarga pesakit ni bukan macam pesakit dulu, ikut je kata doktor. sekarang dunia hujung jari. semua info, sekali klik, dah terpapar. tanya 2-3-4-5 pendapat. bukan seorang tu je. 

kadang-kadang pesakit pula yang terlebih educated. pernah sekali, masa ma warded... doktor tersalah prescribed ubat kat ma. kena tanya nurse dua-ketiga kali betul ke doktor prescribed ubat ni. bukan nak menidakkan tanggungjawab para doktor dan jururawat. cumanya, masa tu, ubat yang diprescribed pada ma...adalah ubat yang ma allergic. dah ada dalam file yang dibawa semasa ma warded. dah terang tang tang ma tak boleh makan ubat tu dah. tetiba je tengok nurse bagi ubat tu. tu nasib baik aku ada kat sebelah. kalau tak? sekalipun masa tu ma dalam ward. tapi kalau ada masalah lepas tu? kekadang bila panggil nurse, depa sibuk. nanti kata "alaaa...benda kecil pun nak panggil. manja sangat". please, don't ever deny it. aku pernah praktikal kat hospital. ada je teman pegawai farmasi pergi ke wad. depan mata aku sendiri masa tunggu ma kat wad. aku pernah dengar sendiri. kalau benda yang kecil tu...yes, aku agree dengan ayat kamu tu. tapi ada ketikanya...tak semua pesakit kejam nak menyusahkan doktor, nurse in charge. ada je yang selagi boleh buat, akan buat sendiri. takkan panggil minta tolong. please. be considerate. bayangkan kalau kamu yang terlantar. dan kamu pernah ada history allergic dengan ubat tu. diprescribed ubat itu. what will you do? nak biarkan diri terkena? nak biarkan diri dicucuk sana sini semata-mata untuk benda yang dah tertulis dengan jelas dan nyata dalam record perubatan kamu, tapi atas careless yang tak sewajarnya berlaku...terjadi. padahal dah habaq mai dah kat nurse. 


ha...lagi satu. tolonglah...TOLONG. key in data secepat mungkin. kalau patient tu dijangka keluar esok. Mohon key in data tentang next appointment secepatnya. jangan jadi macam kes ma. tanya 2-3 kali sebelum keluar. semua kata takda. bila warded balik, doktor salahkan pesakit sebab tak datang temujanji. itu serius. nak maki. minta orang sumpah. bukan sekali dua. selepas 2-3 lepas keluar wad , aku pergi hospital...dapatkan balik kepastian tentang next appointment. boleh dikatakan takda. senang je jawapan. takda dalam record. padahal dalam komputer je yang tak da. dalam file pesakit jelas ada. kalaulah aku ada authority waktu tu...memang aku belek saja file hospital ma aku tu. 


maka...
dengan ini.
kalau kamu rasa bendanya remeh, dipersilakan untuk tak ambil peduli. cumanya, jangan nanti dah kena kat batang hidung sendiri baru nak mengaku ada kebenarannya. jangan. masa tu dah tak berguna dah.

kalau rasa bendanya kenyataan, mohon...kita...kamu dan saya. kita bersama...perbaiki. sebab apabila di hospital...nyawa dipertaruhkan. takda insan suka dimasukkan ke hospital. tak tahulah akalu ada. setakat ni....aku tak jumpa lagi orang yang suka jumpa doktor bila sakit. sedaya upaya ubat sendiri. kalau dah tak boleh baru mengalah. pasrahkan diri pergi hospital. tunggu berjam-jam. kena cucuk bagai. kan? sama-sama kita ubah. 

kerana...
bagi aku , seorang insan. sesiapa yang kerja di hospital bagi aku...dah tempah tiket ke syurga sebab mereka [doktor, nurse, pharmacist, everyone in between] semua memainkan peranan dalam menyelamatkan nyawa makhluk bernama manusia. ^____^