Jika
Ini yang perlu dilalui
Pasrah ku melangkah
Rela ku harungi
Biarpun ada tika nya lelah
Jika
Terpisahnya roh dari jasad
Hilangnya khabar tentang diriku
Cukuplah kamu tahu...
Sungguh aku benar dalam kataku
Walau kadang kala aku bertindak sebaliknya
Sungguh...janjiku padamu
Walau kadang kala aku lupa seketika
Aku sayang kamu.
Biarlah kebahagiaanku menjadi milikmu
Biarlah deritamu menjadi milikku
Sekiranya itu yang perlu aku pilih
Hanya kerana ingin melihat senyum di wajahmu
Aku sayang kamu. Ingat itu sentiasa.
0 comments:
Post a Comment