Jan 29, 2015

STILL COUNTING.

empunya asal

Bila diingatkan kembali... hampir 2 tahun kenal awak. not officially yet . itu cerita dua tahun lepas. dan kalau tak silap apa yang dalam ingatan ni... next 3 days, kita kenal officially. hihi.

banyak benda terjadi.
banyak kisah kita lalui.
banyak bab kita baca, teroka bersama.
dan insyaAllah... ada banyak lagi benda, kisah dan bab yang bakal kita lalui jika dipanjangkan umur, dan jodoh.


LBNL,,,awak serius comel bila merajuk tetiba. ^_*

 iTALy

Jan 27, 2015

the real. the friendship. the last ever.

 "kau...."   "apa?" "masa sekolah rendah...kita rapat je..kenapa ye sekolah menengah kita macam tak pernah kenal...and now...here we are." "entah. kau tu famous amos. bukan macam aku ni " "ye la tu. dia tu yang famous amos. taknak ngaku " "hella you. " "words. be careful. tapi betul apa. cumanya...masa form 4, dah slow down...then aku pula pindah sekolah " " see...siapa tinggal siapa dulu? dahlah pindah sekolah tak cakap apa apa. " "alahai...  " bebelan pun bermula.


itu satu episod cerita aku dan kawan aku. sungguh. kalau ikut usia perkenalan. aku kenal kawan yang ini sejak aku umur 12 tahun. sebab masa tu kami duduk sebelah-sebelah. dan kami, bertiga biasanya akan bersaing dalam peperiksaan sebab kedudukan dalam kelas kami waktu itu adalah mengikut kedudukan dalam peperiksaan. kami takkan jauh terpisah. kalau aku dapat no 4, si A dan B akan menyusul selepas itu. sekiranya aku dapat no 6, A & B berada di depan aku. maka, sememangnya akan duduk sebelah-sebelah. 


waktu percubaan upsr, aku berjaya sehingga aku diminta mengisi borang asrama penuh. A & B selalu kata waktu itu "janganlah masuk asrama. siapa lagi kami nak bersaing. " padahal kami berlainan jantina. dan aku akan membalas, "takda maknanya. A,B lagi tak boleh percaya. kuat menipu. aku tak kira. aku dapat offer, aku pergi ". Namun begitu, doa mereka berdua dimakbulkan Allah. kami masih bersekolah yang sama apabila memasuki sekolah menengah. cuma...hubungan renggang tanpa sebab. mungkin kerana berlainan kelas atau waktu itu sudah mula memahami batas hubungan lelaki perempuan. masa form 4, A, B masuk sekolah teknik. dan aku masih di sekolah yang sama.

SPM habis. dan...sepanjang tempoh lima tahun di sekolah menengah, kami bertiga tak pernah berbual. just hai hai je. habis je SPM, si A tegur di facebook. dan aku terdiam. simple. dia buat 5 tahun tu hilang macam takda apa yang berlaku. siapa sangka. seterusnya di twitter, dia follow. aku tak kenal pun. sebab dia guna bahasa apa entah. sebulan selepas itu baru aku follow balik setelah aku merajinkan diri tengok siapa yang follow. almaklumlah, twitter aku bukannya femes amos sangat. yang akan follow cuma kawan kawan sekolah, kolej je. dan aku speechless. sebab olala you. dia rupanya. A & B terus berhubung. seterusnya membuatkan aku tertanya kenapa 5 tahun itu boleh berlaku. padahal kami takdalah gaduh apa.


dan sekarang, aku masih lagi berhubung. cuma tak selalu. sebab dah sibuk dan aku bukanlah seorang yang pandai memulakan perbualan. maka, susah sedikit nak mesej. tapi tahu je perkembangan mereka. sebab bagi aku, once friend, forever friend.