"kau...." "apa?" "masa sekolah rendah...kita rapat je..kenapa ye sekolah menengah kita macam tak pernah kenal...and now...here we are." "entah. kau tu famous amos. bukan macam aku ni " "ye la tu. dia tu yang famous amos. taknak ngaku " "hella you. " "words. be careful. tapi betul apa. cumanya...masa form 4, dah slow down...then aku pula pindah sekolah " " see...siapa tinggal siapa dulu? dahlah pindah sekolah tak cakap apa apa. " "alahai... " bebelan pun bermula.
itu satu episod cerita aku dan kawan aku. sungguh. kalau ikut usia perkenalan. aku kenal kawan yang ini sejak aku umur 12 tahun. sebab masa tu kami duduk sebelah-sebelah. dan kami, bertiga biasanya akan bersaing dalam peperiksaan sebab kedudukan dalam kelas kami waktu itu adalah mengikut kedudukan dalam peperiksaan. kami takkan jauh terpisah. kalau aku dapat no 4, si A dan B akan menyusul selepas itu. sekiranya aku dapat no 6, A & B berada di depan aku. maka, sememangnya akan duduk sebelah-sebelah.
waktu percubaan upsr, aku berjaya sehingga aku diminta mengisi borang asrama penuh. A & B selalu kata waktu itu "janganlah masuk asrama. siapa lagi kami nak bersaing. " padahal kami berlainan jantina. dan aku akan membalas, "takda maknanya. A,B lagi tak boleh percaya. kuat menipu. aku tak kira. aku dapat offer, aku pergi ". Namun begitu, doa mereka berdua dimakbulkan Allah. kami masih bersekolah yang sama apabila memasuki sekolah menengah. cuma...hubungan renggang tanpa sebab. mungkin kerana berlainan kelas atau waktu itu sudah mula memahami batas hubungan lelaki perempuan. masa form 4, A, B masuk sekolah teknik. dan aku masih di sekolah yang sama.
dan sekarang, aku masih lagi berhubung. cuma tak selalu. sebab dah sibuk dan aku bukanlah seorang yang pandai memulakan perbualan. maka, susah sedikit nak mesej. tapi tahu je perkembangan mereka. sebab bagi aku, once friend, forever friend.
0 comments:
Post a Comment