Nov 9, 2014

masih

hampir....
hampir sebulan.
mencari balik jiwa yang rapuh...
mencari balik ketengan...yang takkan sama

sakit...
jangan ditanya.
mencari dan terus mencari
ketenangan...senyuman yang masih bersisa mungkin.

kuat.
itu perlu.
untuk diri berdiri dan tersenyum...
walaupun terpaksa.

sunyi.
itu pasti.
kerana perginya dia, tiada yang mengganti

namun...

satu.
aku mahu berdiri di depannya 
dengan jaya...dengan megah

dua.
aku mahu ini sesuatu yang bernilai
yang takkan dapat dibeli
yang takkan dapat dicari
kecuali
dengan menghadapinya sendiri

tiga.
perubahan.
perubahan yang mampu membersihkan diri
yang mampu mendidik diri
untuk lebih kuat 
untuk lebih berdikari
untuk tidak menjadikan hidup nafsi nafsi
untuk menjadi lebih fokus apa yang penting

empat.
aku masih berpegang pada janji.
walau keadaan tidak sama yang diharap
walau jiwa ini memanggil, merintih
sebab
aku pemegang janji yang setia.
insyaAllah