sepanjang minggu.
mimpi.
nyata membuat aku gentar.
mimpi.
memberi satu iktibar.
mimpi.
kata orang mimpi itu mainan syaitan.
kata orang jangan ikutkan apa yang dimimpikan.
kata orang lagi mimpi itu khayalan semata.
namun.
mimpi itu.....
hampir setiap malam menjengah.
hampir setiap malam juga bermandi peluh.
terjaga. sesak nafas. menangis. terketar-ketar.
apabila dicerita pada mereka.
mereka kata "di situ juga, destinasi yang dituju."
mereka kata "berdoalah. doakan segalanya dipermudahkan...segalanya baik-baik sahaja"
senyum.
mungkin ada hikmah.
ada yang mahu memberi peringatan.
untuk diri yang leka dibuai dunia
untuk diri yang belum sempurna
untuk diri yang mencari TUHAN.
nota kaki:
17/11/2014. mimpi itu membuat aku menghargai masa - masa yang ada.
seminggu lepas khabar duka menghampiri.
di ipoh. di ampang. kesihatan merosot.
0 comments:
Post a Comment