Apr 12, 2016

tough journey

"anne...."

*berjalan tanpa menoleh*

"anne......" sapa dia sambil tepuk perlahan bahu aku.

"yes? wait....what did you called me just now?"

"anne. kenapa?"

"sejak bila pula nama aku bertukar jadi anne?"

"sebab ....entah. apa-apa pun, nak cakap ini list to do untuk assignment panjang berjela-jela"

*belek to do list* "makna kata.....agak tak berehatlah ni? report ada 2-3 on list, belum yang KIV yang lecturers mention sepintas lalu tu kan?"

*angguk*

"sorry. kalau I tak sakit, mesti ada yang dah berjalan kan?"

"nope...sebenarnya kau tahu tak rasanya kau yang banyak push aku. ingatkan assignment yang belum siap lagi, mana nak kena hantar, apa perlu diberi perhatian. walaupun kekadang tu kau ni cepat stress. muka tu...dah mula nampak tulang pipi."

"whatever. dah kenapa gaya macam tak boleh tunggu kat rumah ni?"

"kalau kat rumah...kau rajin pula keluar bilik? kadang kadang sehari tak jumpa muka kau masa weekend. ingat balik, rupanya ada je wujud dalam bilik."

"aku buat assignmentlah."



sebenarnya , semester 4 di kolej pinggiran lebuhraya ni buat aku macam tak cukup nafas. semester ni je ada 2 hari tak pergi kelas sebab sakit. tu tak termasuk yang masa cuti semester yang sakit sampai satu kerja pun tak buat. kadang-kadang rasa nak mengalah. tapi, bila ada kawan yang sama sama struggle to make it happen....kurang sikit rasa bebanan tu.

sekarang banyaknya depan laptop siapkan report yang sebenarnya mini thesis. dari 8 subjek yang diambil, 5-7 subjek sentiasa ada kerja yang kalau to do list board akan penuh...selesai satu, tambah yang lain pula. semester ni banyak kerja lapangan. pergi industrial visit, ambil sample segala bagai.

tapi dalam kesibukan yang awesome ni...macam macam karenah jumpa. dapat nickname baru yang sebenarnya takkan ngaku kalau orang panggil. ada ke panggil anne. punyalah sedap mak ayah aku bagi....tetiba "Anne"? SERIOUSLY.....

sebenarnya nak cakap...mobile internet banyak habis semester ni. sampai kadang-kadang tu tak cukup. berikat perut jugalah. tapi so far, tak sampai tak makan berhari-hari. kebelakangan ni...tidur cuma 2-4 jam je. kalau tidur awal, mesti terbangun tengah malam...sampai rasa macam jalan zombi dah. nak tidur, kemain susah. sekali terjaga, mesti kata bye bye kat katil bagai.

"apa khabar cinta?"
"entah..."
"gaya mcam dah putus."
"nope. busy."
"aku pun busy juga. ada je masa .kena pandai curi masa sikit"
"aku...biarlah. lagipun aku pegang janji dia. kalau dia taknak, aku dah pesan awal lagi..masa kenal dulu, taknak, beritahu. kalau dia "bye" kan aku, aku move on je. mak aku cakap jangan berharap. takut kecewa. ada jodoh, adalah. takda...pasrah. fokus kat yang lagi penting"
"gaya dah pasrah habis dah ni. give up?"
"nope. aku in this relationship with marriage in mind. kalau nak suka-suka, aku dah tukar nombor dah. hu mana aku tinggal, most of my details dia tahu. dia nak dia datang. taknak, aku pasrah. "
"serious? tak menyesal?"
"why should I? aku doa je. again and again. aku takut kecewa. mak ayah aku tu bukan muda. cukuplah aku tengah orang kecewa sebab berharap sangat. aku taknak mak ayah aku risau. just go with the flow. lagipun....masing-masing ada kewajiban dan tanggungjawab yang lebih utama. dah besar kan? bukan 24/7 dengan phone, mesej segala benda. walaupun kekadang tu aku bebel je . "

just for you to know, i'm still hold on to the promise you've made. if anything wrong or happen, do let me know.

1 comments:

Aini Shah said...Reply To This Comment

Hi Farzana, I came across your blog and I enjoyed reading your amazing stories. Interested to collaborate? Email me at nurul.aini@my.zalora.com I couldn't find your email so I am leaving a comment to u. Hope to hear soon. Thanks! Ps: this is NOT a spam yah haha :)